KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK

˚₊‧꒰ა ☆ ໒꒱ ‧₊˚PENGENALAN DIRI˚₊‧꒰ა ☆ ໒꒱ ‧₊˚



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya, Nurul Hannani Binti Tajul Azhar (IDA22-11-033) dari kos Diploma In Accounting (DIA) dari kelas DIA2C di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Saya merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik. Saya menetap di Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor. 


POSTER




SLIDES 


AERODANCE

                                                     
 
                          REFLEKSI DIRI
 
Saya, Nurul Hannani Binti Tajul Azhar (IDA22-11-033) dari Diploma In Accounting (DIA), Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah mengizinkan saya untuk menyempurnakan tugasan Kesihatan dan Kecergasan (KQK1051) ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek KQK1051 ini iaitu Puan Nor Shariha Binti Abdul Yazid kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Secara tidak langsung, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya kerana telah memberi sokongan yang tidak diduga. 

Tugasan pertama yang telah diberikan kepada kami ialah untuk memilih dan membentangkan tajuk berkaitan kesihatan dan kecergasan. Ia merupakan tugasan individu. Saya memilih tajuk Bahaya Merokok. Seterusnya, kami ditugaskan untuk menghasilkan sebuah poster kesedaran serta persembahan slaid (slides presentation) berkaitan tajuk masing-masing dan berkongsi isi penting kepada rakan-rakan agar dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsi. Tugasan kedua ialah tugasan berkumpulan iaitu menghasilkan sebuah video aerodance lalu memuat naik ke aplikasi Youtube. Video ini bebas mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Kami sekumpulan berlatih selama 3 hari untuk menyiapkan sebuah video aerodance yang berdurasi 8 minit 2 saat. Kami memberi kerjasama yang baik dan berlatih hingga kepenatan. Walaupun tempoh kami berlatih singkat, namun hasilnya sangat memuaskan hati kami semua. 

Setelah berjaya menyiapkan semua tugasan yang diberi, saya sedar bahawa banyak ilmu yang menarik dan dipelajari serta dapat saya aplikasikan dalam kehidupan harian saya. 



Comments